Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang makan satu suapan daripada sumber yang haram solatnya tidak akan diterima selama 40 malam

Teks Bahasa Arab

حديث: من أكل لقمة من حرام لم تقبل صلاته أربعين ليلة ولم يقبل له دعوة أربعين صباحا وكل لحم ينبته الحرام فالنار أولى به لو كانت الدنيا دما عبيطا لكان رزق المؤمن منها حلالا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang makan satu dari sumber yang haram, solatnya tidak akan diterima selama 40 malam, doanya juga tidak diterima selama 40 pagi dan setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka lebih sesuai untuknya. Kalaulah dunia ini punya darah yang asli, nescaya rezeki mukmin darinya adalah halal.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 146, hadis no. 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: موضوع قال ابن طاهر: وهو كما قال.

Ibn Taimiyyah berkata: Ia palsu. Ibn Tahir berkata: Ia seperti yang beliau (Ibn Taimiyyah) katakan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.