Sesiapa yang makan saki baki hidangan yang jatuh (di tanah)

TEKS BAHASA ARAB

من أكل ما يسقط من المائدة؛ عاش في سعة، وعوفي من الحمق في ولده، وفي جاره، وجار جاره، ودويرات جاره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan saki baki hidangan yang jatuh (di tanah) maka dia akan hidup dalam kelapangan, diberikan ‘afiyah daripada kebodohan pada anak-anaknya, pada jirannya, jiran kepada jirannya, serta kawasan persekitaran jirannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228, hadis nombor 1209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من أكل ما يسقط من المائدة؛ عاش في سعة، وعوفي من الحمق في ولده، وفي جاره، وجار جاره، ودويرات جاره)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5722)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang makan saki baki hidangan yang jatuh (di tanah) maka dia akan hidup dalam kelapangan, diberikan ‘afiyah daripada kebodohan pada anak-anaknya, pada jirannya, jiran kepada jirannya, serta kawasan persekitaran jirannya.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5722]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs