Sesiapa yang makan kacang berserta kulitnya maka Allah akan hindarkan daripadanya penyakit semisalnya

TEKS BAHASA ARAB

مَنْ أَكَلَ فُولَةً بِقِشْرِهَا أَخْرَجَ اللَّهُ مِنْهُ مِنَ الدَّاءِ مثلها

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan kacang berserta kulitnya maka Allah akan hindarkan daripadanya penyakit semisalnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْهَا: سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ[1]

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya[2].

Antara contoh yang disebutkan juga oleh beliau ialah (hadis no. 75),

وَحَدِيثِ “مَنْ أَكَلَ فُولَةً بِقِشْرِهَا أَخْرَجَ اللَّهُ مِنْهُ مِنَ الدَّاءِ مثلها” لعن الله واضعه واضعه. [3]

Contoh lain adalah:

“Sesiapa yang makan kacang berserta kulitnya maka Allah akan hindarkan daripadanya penyakit semisalnya.”

Semoga Allah melaknat orang yang membuat hadis palsu ini. [4]

Berikut adalah komentar terhadap hadis ini dari notakaki buku  terjemahan nya yang berjudul Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu,

HR Ibnu Hibban di dalam al-Majruhin (2/150), Ibnu ‘Adi di dalam al-Kamil (1573), dan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/110-111), beliau berkata: Tidak sahih.


 

[1] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, ed. ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah (Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970), hal. 54.

[2] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, ed. Solehah Abu Bakar (Selangor: Kemilau Publika, 2015), hal. 45-46.

[3] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, hal. 55

[4] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, hal. 49

 

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Edited by ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.