Sesiapa yang makan daripada hasil sewa rumah-rumah di Mekah

TEKS BAHASA ARAB

من أكل من أجور بيوت مكة؛ فكأنما يجرجر في بطنه نار جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan daripada hasil sewa rumah-rumah di Mekah, maka seolah-olah akan menggelegak di dalam perutnya neraka jahanam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis nombor 4102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من أكل من أجور بيوت مكة؛ فكأنما يجرجر في بطنه نار جهنم)). [السهمي، ((الضعيفة)) (4836)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang makan daripada hasil sewa rumah-rumah di Mekah, maka seolah-olah akan menggelegak di dalam perutnya neraka jahanam. [Riwayat al-Sahmī dalam Tārīkh Jurjān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4836]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs