Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَكَلَ من أجورِ بيوتِ مَكَّةَ؛ فكأنما يُجَرْجرُ في بطنِهِ نارَ جَهَنَّمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang makan daripada hasil sewa rumah-rumah di Mekah, maka seolah-olah akan menggelegak di dalam perutnya neraka jahanam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis no. 4102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من أكل من أجور بيوت مكة؛ فكأنما يجرجر في بطنه نار جهنم)). [السهمي، ((الضعيفة)) (4836)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang makan daripada hasil sewa rumah-rumah di Mekah, maka seolah-olah akan menggelegak di dalam perutnya neraka jahanam. [Riwayat al-Sahmī dalam Tārīkh Jurjān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4836]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman