Sesiapa yang makan daging saudaranya di dunia, daging tersebut akan didekatkan kepadanya pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من أكل لحم أخيه في الدنيا قرب إليه يوم القيامة فيقال له : كله ميتا كما أكلته حيا فيأكله ويكلح ويضج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan daging saudaranya di dunia, daging tersebut akan didekatkan kepadanya pada hari kiamat. Kemudian dikatakan kepadanya: Makanlah dalam keadaan dia menjadi bangkai seperti mana kamu makan semasa dia hidup. Lalu dia memakannya, mukanya menjadi masam dan dia menjerit.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 134, hadis nombor 671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: من أكل لحم أخيه في الدنيا؛ قرب إليه يوم القيامة فيقال له: كله ميتاً كا أكلته حياً فيأكله ويكلح ويضج. [طس، الضعيفة (6316)].

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘: Sesiapa yang makan daging saudaranya di dunia, daging tersebut akan didekatkan kepadanya pada hari kiamat. Kemudian dikatakan kepadanya: Makanlah dalam keadaan dia menjadi bangkai seperti mana kamu makan semasa dia hidup. Lalu dia memakannya, mukanya menjadi masam dan dia menjerit. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6316)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs