Sesiapa yang mahu supaya doanya dimustajabkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أراد أن تستجاب دعوته ، وأن تكشف كربته ، فليفرج عن معسر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mahu supaya doanya dimustajabkan serta diangkat kesulitannya, maka bantulah orang yang berada dalam kesulitan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis nombor 812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أرادَ أن تُستجابَ دعوتُهُ ، وأن تُكشفَ كُرْبَتُهُ ، فليُفرِّجْ عن مُعْسِرٍ.
[حم، عبد بن حميد، ع، ((الضعيفة)) [6808]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mahu supaya doanya dimustajabkan serta diangkat kesulitannya, maka bantulah orang yang berada dalam kesulitan.
[Riwayat Ahmad, ‘Abd bin Humayd, Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6808]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.