Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أرادَ أن تُستجابَ دعوتُهُ ، وأن تُكشفَ كُرْبَتُهُ ، فليُفرِّجْ عن مُعْسِرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mahu supaya doanya dimustajabkan serta diangkat kesulitannya, maka bantulah orang yang berada dalam kesulitan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis no. 812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أرادَ أن تُستجابَ دعوتُهُ ، وأن تُكشفَ كُرْبَتُهُ ، فليُفرِّجْ عن مُعْسِرٍ. [حم، عبد بن حميد، ع، ((الضعيفة)) [6808]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mahu supaya doanya dimustajabkan serta diangkat kesulitannya, maka bantulah orang yang berada dalam kesulitan. [Riwayat Ahmad, ‘Abd bin Humayd, Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6808]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman