TEKS BAHASA ARAB
من أحب أن يسمع خرير (الكوثر)، فليجعل أصبعيه في أذنيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mahu mendengar bunyi deruan air (al-Kauthar), maka letakkanlah dua jarinya di dalam telinganya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis nombor 3562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة قالت: ((من أحب أن يسمع خرير (الكوثر)، فليجعل أصبعيه في أذنيه)). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (٦٩٨٥)]
(Munkar) Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Sesiapa yang mahu mendengar bunyi deruan air (al-Kauthar), maka letakkanlah dua jarinya di dalam telinganya. [Riwayat Ibn Jarīr dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6985]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.