Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أحبَّ أن يَسمَعَ خريرَ (الكوثَرِ)، فليَجعَلْ إصبَعيهِ في أذُنَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mahu mendengar bunyi deruan air (al-Kauthar), maka letakkanlah dua jarinya di dalam telinganya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis no. 3562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة قالت: ((من أحب أن يسمع خرير (الكوثر)، فليجعل أصبعيه في أذنيه)). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (٦٩٨٥)]
(Munkar) Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Sesiapa yang mahu mendengar bunyi deruan air (al-Kauthar), maka letakkanlah dua jarinya di dalam telinganya. [Riwayat Ibn Jarīr dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6985]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman