Sesiapa yang mahu menaikkan harga ke atas umatku pada satu hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تمنى الغلاء على أمتي ليلة أحبط الله ‌عمله ‌أربعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mahu menaikkan harga ke atas umatku pada satu hari, maka Allah akan membatalkan amalannya selama 40 tahun

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 781, hadis nombor 4007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر مرفوعا: من تمنى الغلاء على أمتي ليلة أحبط الله ‌عمله ‌أربعين سنة. [عد، خط، ((الضعيفة)) (1551)]

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Sesiapa yang mahu menaikkan harga ke atas umatku pada satu hari, maka Allah akan membatalkan amalannya selama 40 tahun.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1551]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.