Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تمنَّى الغلاءَ على أمَّتي ليلةً أحبط اللهُ عملَه أربعين سنةً
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mahu menaikkan harga ke atas umatku pada satu hari, maka Allah akan membatalkan amalannya selama 40 tahun
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 781, hadis no. 4007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر مرفوعا: من تمنى الغلاء على أمتي ليلة أحبط الله عمله أربعين سنة. [عد، خط، ((الضعيفة)) (1551)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Sesiapa yang mahu menaikkan harga ke atas umatku pada satu hari, maka Allah akan membatalkan amalannya selama 40 tahun.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1551]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman