Sesiapa yang mahu melihat seorang wanita dalam kalangan al-Ḥūr al-‘Ain

TEKS BAHASA ARAB

من ‌سره ‌أن ينظر إلى امرأة من الحور العين؛ فلينظر إلى أم رومان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mahu melihat seorang wanita dalam kalangan al-Ḥūr al-‘Ain, maka lihatlah Ummu Rūmān.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 669, hadis nombor 3453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن القاسم بن محمد، قال: لما دليت أم رومان في قبرها؛ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ‌سره ‌أن ينظر إلى امرأة من الحور العين؛ فلينظر إلى أم رومان)). [ابن سعد، ابن منده، السهمي، ((الضعيفة)) (4603)]

(Lemah) Daripada al-Qāsim bin Muḥammad, beliau berkata: Ketika Ummu Rūmān diturunkan ke kuburnya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mahu melihat seorang wanita dalam kalangan al-Ḥūr al-‘Ain, maka lihatlah Ummu Rūmān. [Riwayat Ibn Sa‘ad dalam al-Ṭabaqāt, Ibn Mandah dalam Ma’rifah al-Ṣaḥābah, al-Sahmī dalam Tārīkh Jurjān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4603]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs