Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mahu melihat ilmu Nabi Adam, kefahaman Nabi Nuh, kebijaksanaan Nabi Ibrahim, kezuhudan Nabi Yahya dan keperkasaan Nabi Musa maka lihatlah pada Ali

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى آدم في علمه، ونوح فِي فَهْمِهِ، وَإِبْرَاهِيمَ فِي حُكْمِهِ، ويحيى في زهذه، وَمُوسَى فِي بَطْشِهِ. فَلْيَنْظُرْ إِلَى علي.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang mahu melihat ilmu Nabi Adam, kefahaman Nabi Nuh, kebijaksanaan Nabi Ibrahim, kezuhudan Nabi Yahya dan keperkasaan Nabi Musa maka lihatlah kepada Ali.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Hamra' RA
  2. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 367-368, hadis no. 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحاكم عن أبي الحمراء مرفوعا. قال ابن الجوزي: موضوع، وفي إسناده: أبو عمر الأزدي متروك. قال في اللآلىء: له طريق أخرى عند الديلمي، ثم ذكرها، ورواه ابن شاهين عن أبي سعيد مرفوعا.

Diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abi al-Hamra secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Pada sanadnya terdapat Abu Umar al-Azdi iaitu seorang yang matruk (ditinggalkan riwayatnya). Dia berkata dalam al-Laali’: Bagi hadith ini ada jalan yang lain di sisi al-Dailami, kemudian dia menyebutkannya. Ibn Syahin juga meriwayatkannya daripada Abu Sa'id secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.