Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أرادَ أن تُستجابَ دعوتُهُ وأن تُكشفَ كُرْبَتُهُ فليُفرِّجْ عن مُعْسِرٍ
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mahu doanya dimakbulkan dan dibebaskan daripada kesusahan, maka bantulah orang yang susah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 907, hadis no. 4641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أراد أن تستجاب دعوته وأن تكشف كربته فليفرج عن معسر. [حم, ع, عبد بن حميد, الضعيفة (6808)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mahu doanya dimakbulkan dan dibebaskan daripada kesusahan, maka bantulah orang yang susah. [Musnad Ahmad Bin Hanbal, Musnad Abi Ya’la, ‘Abd bin Humaid, Al-Dha’ifah no 6808].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman