TEKS BAHASA ARAB
حديث: من أراد أن يؤتيه الله علما بغير تعلم، وهدى بغير هداية فليزهد في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mahu Allah mengurniakan ilmu kepadanya tanpa belajar dan diberi petunjuk tanpa hidayah, maka hendaklah dia bersikap zuhud terhadap dunia.
STATUS
Tidak Ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 286, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في المختصر: لم يوجد.
Al-Fairuzabadi berkata dalam al-Mukhtasar: tidak ditemui hadith seperti ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.