TEKS BAHASA ARAB
من فرّ من اثنين فقد فرّ ومن فرّ من ثلاثة فلم يفرّ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang lari daripada dua orang musuh, dia dianggap telah lari dari peperangan. Manakala sesiapa yang lari daripada tiga orang musuh, maka sebenarnya dia tidak lari dari peperangan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1023, hadis nombor 5257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي ﷺ قال: من فرّ من اثنين فقد فرّ, ومن فرّ من ثلاثة فلم يفرّ. [طب, الضعيفة (6182)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang lari daripada dua orang musuh, dia dianggap telah lari dari peperangan. Manakala sesiapa yang lari daripada tiga orang musuh, maka sebenarnya dia tidak lari dari peperangan. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6182]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.