Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang lapar atau berhajat kepada sesuatu lalu menyembunyikanya daripada manusia

Teks Bahasa Arab

حديث: "من جاع أو احتاج فكتمه الناس وأفضى به إلى الله فتح الله له برزق [سنة _ ] من حلال.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang lapar atau berhajat kepada sesuatu lalu menyembunyikanya daripada manusia, menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan membuka baginya rezeki [selama setahun] dari yang halal.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 63-64, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أبي هريرة مرفوعا، وقال: باطل، آفته إسماعيل بن رجاء الحصني. قال في اللآلىء: أخرجه البيهقي في الشعب من هذا الطريق وقال: ضعيف تفرد به إسماعيل بن رجاء عن موسى بن أعين وهو ضعيف. وأخرجه الخطيب في المتفق والمفترق وقال: غريب. وحكى ابن حجر في لسان الميزان عن العجلي والحاكم توثيق إسماعيل. وعن أبي حاتم أنه صدوق .

Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW), beliau menyatakan hadith ini batil, kecacatannya ialah pada Ismail bin Raja’ al-Hisni. Al-Suyuti berkata di dalam kitabnya al-La’ali: al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syuab melalui jalan ini, dan beliau berkata hadith ini daif, Ismail bin Raja’ bersendirian meriwayatkan daripada Musa bin A’yan dan beliau seorang perawi yang lemah. Al-Khatib meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muttafiq wal Muftaraq dan dia berkata: hadith ini gharib. Ibn Hajar menukilkan di dalam kitabnya Lisan Mizan daripada al-‘Ijli dan al-Hakim yang menghukumkan kethiqahan Ismail dan daripada Ibn Abi Hatim yang menghukumkan Ismail sebagai saduq.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.