Sesiapa yang kurang hartanya dan banyak tanggungannya

TEKS BAHASA ARAB

من قل ماله وكثر عياله وحسنت صلاته ولم يغتب المسلمين جاء يوم القيامة وهو معي كهاتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang kurang hartanya, banyak tanggungannya, baik solatnya, tidak mengumpat orang Islam, maka dia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan dia bersama aku seperti dua jari ini (jari tengah dan jari manis).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis nombor 601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا: من قل ماله وكثر عياله وحسنت صلاته ولم يغتب المسلمين جاء يوم القيامة وهو معي كهاتين. [الطبري في التهذيب، ع، الأصبهاني، خط، الضعيفة (5524)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Sesiapa yang kurang hartanya, banyak tanggungannya, baik solatnya, tidak mengumpat orang Islam, maka dia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan dia bersama aku seperti dua jari ini (jari tengah dan jari manis). [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarī dalam al-Tahdhīb, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, al-Aṣbahānī dalam al-Targḥib, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5524]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs