Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قلَّ مالُه وكثر عيالُه وحسنت صلاتُه ولم يغتب المسلمِين جاء يومَ القيامةِ وهو معي كهاتَينِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang kurang hartanya, banyak tanggungannya, baik solatnya, tidak mengumpat orang Islam, maka dia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan dia bersama aku seperti dua jari ini (jari tengah dan jari manis).
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis no. 601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا: من قل ماله وكثر عياله وحسنت صلاته ولم يغتب المسلمين جاء يوم القيامة وهو معي كهاتين. [الطبري في التهذيب، ع، الأصبهاني، خط، الضعيفة (5524)]
(Terlalu Daif) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Sesiapa yang kurang hartanya, banyak tanggungannya, baik solatnya, tidak mengumpat orang Islam, maka dia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan dia bersama aku seperti dua jari ini (jari tengah dan jari manis). [Riwayat al-Ṭabarī dalam al-Tahdhīb, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, al-Aṣbahānī dalam al-Targḥib, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5524]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman