Sesiapa yang ketika selesai solatnya dia mengucapkan: "[Dengan nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين ينصرف من صلاته: [باسم الله]، سبحان الله العظيم وبحمده، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ثلاث مرات؛ قام مغفورا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ketika selesai solatnya dia mengucapkan: “[Dengan nama Allah], Maha Suci Allah yang Maha Agung serta puji-pujian bagi-Nya, tiada daya mahupun kekuatan kecuali dengan Allah” sebanyak tiga kali, nescaya dia bangkit dalam keadaan telah diampunkan buatnya.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 341, hadis nombor 1789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((من قَالَ حِينَ يَنْصَرِفُ مِنْ صَلَاتِهِ: [باسمِ اللهِ]، سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وبِحَمْدِهِ، ولا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ؛ قَامَ مَغْفُورًا له)). [ابن أبي حاتم في ((الجرح والتعديل))، ابن السني، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6320)].

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang ketika selesai solatnya dia mengucapkan: “[Dengan nama Allah], Maha Suci Allah yang Maha Agung serta puji-pujian bagi-Nya, tiada daya mahupun kekuatan kecuali dengan Allah” sebanyak tiga kali, nescaya dia bangkit dalam keadaan telah diampunkan buatnya.” [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh wat-Ta’dil, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wal-Laylah dan al-Tabarani dalam al-Du'a'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6320].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

, Maha Suci Allah yang Maha Agung serta puji-pujian bagi-Nya, tiada daya mahupun kekuatan kecuali dengan Allah" sebanyak tiga kali]

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs