Sesiapa yang kenal akan dirinya maka dia telah kenal akan Tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

من عرف نفسه عرف ربه ومن عرف ربه كل لسانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang kenal akan dirinya maka dia telah kenal akan Tuhannya. Sesiapa yang telah kenal akan Tuhannya, maka beratlah lidahnya (dari menyebut perkara tidak berfaedah).

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عن أنس «من عرف نفسه عرف ربه ومن عرف ربه كل لسانه» قال النووي ليس بثابت.

Daripada Anas bin Malik RA, “Sesiapa yang kenal akan dirinya maka dia telah kenal akan Tuhannya. Sesiapa yang telah kenal akan Tuhannya, maka beratlah lidahnya (dari menyebut perkara tidak berfaedah)". al-Nawawi menyebutkan hadis ini tidak thabit.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs