Sesiapa yang kenal akan dirinya maka dia telah kenal akan Tuhannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من عرف نفسه عرف ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang kenal akan dirinya maka dia telah kenal akan Tuhannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ عَرَفَ رَبَّهُ» قَالَ ابْن تَيْمِية مَوْضُوع وَهُوَ كَمَا قَالَ. وَفِي الْمَقَاصِد لَا يعرف مَرْفُوعا وَإِنَّمَا يَحْكِي من قَول يحيى بن معَاذ. وَكَذَا قَالَ النَّوَوِيّ إِنَّه لَيْسَ بِثَابِت.

“Sesiapa yang mengenali dirinya maka dia telah mengenali Tuhannya". Ibn Taimiyah menghukumkan hadis ini sebagai palsu, dan ia adalah seperti mana yang disebutkan (iaitu palsu). Di dalam kitab Al-Maqasid, hadis ini tidak dikenali sebagai hadis yang marfu’. Ia lebih dikenali sebagai kata-kata Yahya Bin Mu’az. Demikian juga Al-Nawawi menyebutkan bahawa ia ini tidak thabit.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.