Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka malaikat akan mengembangkan sayapnya

View Post

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من خرج في طلب العلم حفته الملائكة بأجنحتها، وصلت عليه الطير في السماء، والحيتان في البحار، ونزل في السماء منازل سبعين من الشهداء.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu malaikat akan mengembangkan sayapnya. Dia akan didoakan oleh burung di langit dan ikan di laut dan akan tinggal di langit yang menyamai kedudukan 70 orang syuhada.

 

STATUS

Palsu

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 284, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

[ذكره بدون تعليق.]

[Disebutkan tanpa komentar.]

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

 

 

 

 

 

 

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs