Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada pada jalan Allah hinggalah dia pulang

TEKS BAHASA ARAB

من خرج في طلب العلم، فهو في سبيل الله حتى يرجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada pada jalan Allah hinggalah dia pulang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1246, hadis nombor 6360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من خرج في طلب العلم، فهو في سبيل الله حتى يرجع.
[ت، ابن عبد البر، طص، حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الآجري في ((أخلاق العلماء))، عق، الضياء، ((الضعيفة)) (2037)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada pada jalan Allah hinggalah dia pulang.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn 'Abd al-Bar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Ajuri dalam Akhlaq al-'Ulama', al-'Uqailiy dalam al-Du'afa' al-Kabir, al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs