Sesiapa yang keluar untuk mengerjakan haji atau umrah, maka bagi setiap langkah sehingga dia pulang ke rumahnya adalah 1 juta kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من خرج حاجا أو معتمرا، فله بكل خطوة حتى يؤوب إلى رحله ألف ألف حسنة، ويمحى عنه ألف ألف سيئة، وترفع له ألف ألف درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar untuk mengerjakan haji atau umrah, maka bagi setiap langkah sehingga dia pulang ke rumahnya adalah 1 juta kebaikan, dihapuskan 1 juta kejahatan dan diangkat 1 juta darjat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis nombor 3880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة وابن عباس -رضي الله عنهم-، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من خرج حاجا أو معتمرا، فله بكل خطوة حتى يؤوب إلى رحله ألف ألف حسنة، ويمحى عنه ألف ألف سيئة، وترفع له ألف ألف درجة)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6396)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah dan Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang keluar untuk mengerjakan haji atau umrah, maka bagi setiap langkah sehingga dia pulang ke rumahnya adalah 1 juta kebaikan, dihapuskan 1 juta kejahatan dan diangkat 1 juta darjat.
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6396]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs