Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من خَرَجَ حَاجّاً أَوْ مُعْتَمِراً، فله بكلِّ خَطْوَةٍ حتى يَؤوبَ إلى رَحْلِه أَلْفُ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَيُمْحَى عَنْهُ أَلْفُ أَلْفِ سَيِّئَةٍ، وَتُرْفَعَ لَهُ أَلْفُ أَلْفِ دَرَجَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang keluar untuk mengerjakan haji atau umrah, maka bagi setiap langkah sehingga dia pulang ke rumahnya adalah 1 juta kebaikan, dihapuskan 1 juta kejahatan dan diangkat 1 juta darjat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah dan Ibn Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis no. 3880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة وابن عباس -رضي الله عنهم-، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من خرج حاجا أو معتمرا، فله بكل خطوة حتى يؤوب إلى رحله ألف ألف حسنة، ويمحى عنه ألف ألف سيئة، وترفع له ألف ألف درجة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6396)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah dan Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang keluar untuk mengerjakan haji atau umrah, maka bagi setiap langkah sehingga dia pulang ke rumahnya adalah 1 juta kebaikan, dihapuskan 1 juta kejahatan dan diangkat 1 juta darjat. [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6396]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman