Sesiapa yang keluar untuk melakukan haji lalu meninggal dunia, ditulis baginya pahala haji sehingga hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من خرج حاجا فمات كتب له أجر الحاج إلى يوم القيامة، ومن ‌خرج ‌معتمرا فمات كتب له أجر المعتمر إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar untuk melakukan haji lalu meninggal dunia, ditulis baginya pahala haji sehingga hari kiamat. Sesiapa yang keluar umrah lalu meninggal dunia, akan ditulis baginya pahala umrah sehingga hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730, hadis nombor 3723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من خرج حاجا فمات كتب له أجر الحاج إلى يوم القيامة، ومن ‌خرج ‌معتمرا فمات كتب له أجر المعتمر إلى يوم القيامة)). [طس، ((الضعيفة)) (745)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang keluar untuk melakukan haji lalu meninggal dunia, ditulis baginya pahala haji sehingga hari kiamat. Sesiapa yang keluar umrah lalu meninggal dunia, akan ditulis baginya pahala umrah sehingga hari kiamat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 745]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs