Sesiapa yang keluar seperti ini – untuk menunaikan haji dan umrah – lalu meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

من خرج في هذا الوجه – لحج أو عمرة – فمات؛ لم يعرض ولم يحاسب، وقيل له: ادخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar seperti ini – untuk menunaikan haji dan umrah – lalu meninggal dunia, amalannya tidak akan ditayangkan dan dia tidak akan dihisab. Dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 752, hadis nombor 3849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها – مرفوعا: «من خرج في هذا الوجه – لحج أو عمرة – فمات؛ لم يعرض ولم يحاسب، وقيل له: ادخل الجنة».
[طس، «الضعيفة» (5096)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang keluar seperti ini – untuk menunaikan haji dan umrah – lalu meninggal dunia, amalannya tidak akan ditayangkan dan dia tidak akan dihisab. Dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5096].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.