Sesiapa yang keluar pada waktu pagi untuk menuntut ilmu, para malaikat berselawat kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

من غدا في طلب العلم، صلت عليه الملائكة، وبورك له في معاشه، ولم ينتقص من رزقه، وكان عليه مباركا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar pada waktu pagi untuk menuntut ilmu, para malaikat berselawat kepadanya dan diberikan keberkatan kepadanya dalam kehidupannya, serta tidak dikurangkan rezekinya dan dia juga diberkati.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1232, hadis nombor 6277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا: من غدا في طلب العلم، صلت عليه الملائكة، وبورك له في معاشه، ولم ينتقص من رزقه، وكان عليه مباركا.
[ابن بشران، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم وفضله))، ((الضعيفة)) (328)].

(Palsu)
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang keluar pada waktu pagi untuk menuntut ilmu, para malaikat berselawat kepadanya dan diberikan keberkatan kepadanya dalam kehidupannya, serta tidak dikurangkan rezekinya dan dia juga diberkati.
[Riwayat Ibn Bishran, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 328].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs