Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang keluar mengerjakan haji ke baitullah maka dia berada di bawah lindungan Allah

Teks Bahasa Arab

حديث: "إذا خرج الحاج من بيته كان في حرز الله فإن مات قبل أن يقضي نسكه غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر وإنفاقه الدرهم الواحد في ذلك الوجه يعدل أربعين ألف ألف درهم فيما سواه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang keluar mengerjakan haji ke baitullah maka dia berada di bawah lindungan Allah SWT, jika dia mati sebelum menghabiskan ibadat haji, Allah mengampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, satu dirham yang dibelanjakan untuk menunaikan haji bersamaan dengan pahala 40 juta dirham dalam perkara selainnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 109, hadis no. 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: موضوع.

Ibn Hajar berkata: Hadith ini palsu

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.