Sesiapa yang keluar melakukan haji dengan niat kerana Allah

TEKS BAHASA ARAB

من خرج حاجا يريد وجه الله، فقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفع فيمن دعا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar melakukan haji dengan niat kerana Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang serta memberi syafaat kepada sesiapa yang didoakan olehnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis nombor 3881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((‌من خرج حاجا يريد وجه الله، فقد غفر الله له ما تقدممن ذنبه وما تأخر، وشفع فيمن دعا له)).
[حل، ((الضعيفة)) (6395)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang keluar melakukan haji dengan niat kerana Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang serta memberi syafaat kepada sesiapa yang didoakan olehnya.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6395]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs