Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من خَرَج حاجّاً يُرِيد وَجهَ اللهِ، فَقَد غَفَرَ اللهُ لَه ما تَقَدَّمَ من ذَنَبِه وَمَا تَأَخَّر، وَشَفَعَ فِيمَن دَعَا لَه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang keluar melakukan haji dengan niat kerana Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang serta memberi syafaat kepada sesiapa yang didoakan olehnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis no. 3881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((من خرج حاجا يريد وجه الله، فقد غفر الله له ما تقدممن ذنبه وما تأخر، وشفع فيمن دعا له)). [حل، ((الضعيفة)) (6395)]
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang keluar melakukan haji dengan niat kerana Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang serta memberi syafaat kepada sesiapa yang didoakan olehnya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6395]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman