Sesiapa yang keluar ke jalan Allah, kemudian dia meninggal dunia atau dibunuh, maka dia mati syahid

TEKS BAHASA ARAB

من فصل في سبيل الله فمات أو قتل فهو شهيد أو وقصه فرسه أو بعيره أو لدغته هامة أو مات على فراشه بأي حتف ما شاء الله فإنه شهيد وإن له الجنة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar ke jalan Allah, kemudian dia meninggal dunia atau dibunuh, maka dia mati syahid. Jika dia dipijak oleh kuda atau untanya, disengat binatang berbisa atau meninggal dunia di atas katilnya dengan apa-apa penyakit yang dikehendaki Allah, maka dia dianggap mati syahid dan memperolehi ganjaran syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis nombor 5214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه قال، سمعت رسول الله ﷺ: من فصل في سبيل الله فمات أو قتل فهو شهيد أو وقصه فرسه أو بعيره أو لدغته هامة أو مات على فراشه بأي حتف ما شاء الله فإنه شهيد وإن له الجنة. [د, الضعيفة (5361)]

(Lemah) Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang keluar ke jalan Allah, kemudian dia meninggal dunia atau dibunuh, maka dia mati syahid. Jika dia dipijak oleh kuda atau untanya, disengat binatang berbisa atau meninggal dunia di atas katilnya dengan apa-apa penyakit yang dikehendaki Allah, maka dia dianggap mati syahid dan memperolehi ganjaran syurga.. [Abu Dawud dalam kitab Sunan beliau, al-Dha’ifah no. 5361].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs