Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن خرج من بيتِه إلى الصلاةِ ، فقال : اللهم إني أسألُك بحقِّ السائلين عليك ، وأسألُك بحقِّ مَمْشايَ هذا ، فإني لم أخرجْ أَشَرًا ولا بَطَرًا . . . أقبل اللهُ عليه بوجهِه ، واستغفر له ألفُ مَلَكٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang keluar daripada rumahnya menuju tempat solat, lalu dia mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan hak orang-orang yang meminta terhadap-Mu, aku meminta kepada-Mu dengan hak perjalanan ini, kerana sesungguhnya aku tidak keluar untuk tujuan yang jahat atau kesombongan...; Allah menghadapnya dengan wajahnya dan 1000 malaikat akan meminta keampunan untuknya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403 - 1404, hadis no. 7115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا: من خرج من بيته إلى الصلاة فقال: اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، وأسألك بحق ممشاي هذا، فإني لم أخرج أشرا ولا بطرا...، أقبل الله عليه بوجهه، واستغفر له ألف ملك. [هـ، حم، البغوي في ((حديث علي بن الجعد))، ابن السني، ((الضعيفة)) (24)]
(Lemah) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang keluar daripada rumahnya menuju tempat solat, lalu dia mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan hak orang-orang yang meminta terhadap-Mu, aku meminta kepada-Mu dengan hak perjalanan ini, kerana sesungguhnya aku tidak keluar untuk tujuan yang jahat atau kesombongan...; Allah menghadapnya dengan wajahnya dan 1000 malaikat akan meminta keampunan untuknya. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, al-Baghawi dalam Hadith 'Ali bin al-Ja'd dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 24]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman