Sesiapa yang kehilangan penglihatannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ذهب بصره في الدنيا؛ كان لهُ نورا يوم القيامة إن كان صالحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang kehilangan penglihatannya di dunia, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat sekiranya dia seorang yang soleh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033 hadis nombor 10231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: من ذهب بصره في الدنيا، كان له نورا يوم القيامة إن كان صالحا.
[عد، ((الضعيفة)) (4595)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang kehilangan penglihatannya di dunia, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat sekiranya dia seorang yang soleh.
[Riwayat Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4595]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.