Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ذهب بصرُهُ في الدنيا؛ كان لهُ نورًا يومَ القيامةِ إنْ كان صالحًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang kehilangan penglihatannya di dunia, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat sekiranya dia seorang yang soleh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis no. 10231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: من ذهب بصره في الدنيا، كان له نورا يوم القيامة إن كان صالحا. [عد، ((الضعيفة)) (4595)]
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang kehilangan penglihatannya di dunia, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat sekiranya dia seorang yang soleh. [Riwayat Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4595]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman