Sesiapa yang kamu melihatnya sedang bersyair di dalam masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من رأيتموه ينشد شعرا في المسجد، فقولوا: فض الله فاك، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه ينشد ضالة في المسجد، فقولوا: لا وجدتها، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه يبيع أويبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang kamu melihatnya sedang bersyair di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya: Semoga Allah merosakkan mulut kamu (mematahkan gigi-giginya) [sebanyak tiga kali]. Sesiapa yang kamu melihatnya sedang mencari-cari barangnya yang hilang di dalam masjid, ucapkanlah kepadanya: Semoga kamu tidak menjumpainya [sebanyak tiga kali]. Dan sesiapa yang kamu melihatnya menjual dan membeli di dalam masjid, maka ucapkanlah kepadanya: Semoga Allah tidak menguntungkan (merugikan) perniagaan kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis nombor 1337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم – یقول: ((من رأيتموه ينشد شعرا في المسجد، فقولوا: فض الله فاك، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه ينشد ضالة في المسجد، فقولوا: لا وجدتها، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارتك)). [طب، ابن السني – الجملة الأولى فقط -، ((الضعيفة)) (2131)]

(Sangat Lemah)
Daripada Tsauban RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang kamu melihatnya sedang bersyair di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya: Semoga Allah merosakkan mulut kamu (mematahkan gigi-giginya) [sebanyak tiga kali]. Sesiapa yang kamu melihatnya sedang mencari-cari barangnya yang hilang di dalam masjid, ucapkanlah kepadanya: Semoga kamu tidak menjumpainya [sebanyak tiga kali]. Dan sesiapa yang kamu melihatnya menjual dan membeli di dalam masjid, maka ucapkanlah kepadanya: Semoga Allah tidak menguntungkan (merugikan) perniagaan kamu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn al-Sunni -ayat pertama sahaja-. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2131]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.