Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن رَأَيْتُمُوه يَنْشُدُ شِعْرًا في المسجدِ فقولوا له: فَضَّ اللهُ فاكَ (ثلاثَ مَراتٍ) ومَن رَأَيْتُمُوه يَنْشُدُ ضالَّةً في المسجدِ، فقولوا: لا وَجَدْتَها، (ثلاثَ مراتٍ)، ومَن رَأَيْتُمُوه يبيعُ أو يَبتاعُ في المسجدِ، فقولوا: لا أَرْبَحَ اللهُ تِجارَتَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang kamu melihatnya sedang bersyair di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya: Semoga Allah merosakkan mulut kamu (mematahkan gigi-giginya) [sebanyak tiga kali]. Sesiapa yang kamu melihatnya sedang mencari-cari barangnya yang hilang di dalam masjid, ucapkanlah kepadanya: Semoga kamu tidak menjumpainya [sebanyak tiga kali]. Dan sesiapa yang kamu melihatnya menjual dan membeli di dalam masjid, maka ucapkanlah kepadanya: Semoga Allah tidak menguntungkan (merugikan) perniagaan kamu.
Sahabat Perawi
- Tsauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis no. 1337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ثوبان - رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول اللہ - صلى الله عليه وسلم - یقول: ((من رأيتموه ينشد شعرا في المسجد، فقولوا: فض الله فالك، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه ينشد ضالة في المسجد، فقولوا: لا وجدتها، (ثلاث مرات)، ومن رأيتموه يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارتك)). [طب، ابن السني - الجملة الأولى فقط -، ((الضعيفة)) (2131)]
(Terlalu Daif) Daripada Tsauban RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang kamu melihatnya sedang bersyair di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya: Semoga Allah merosakkan mulut kamu (mematahkan gigi-giginya) [sebanyak tiga kali]. Sesiapa yang kamu melihatnya sedang mencari-cari barangnya yang hilang di dalam masjid, ucapkanlah kepadanya: Semoga kamu tidak menjumpainya [sebanyak tiga kali]. Dan sesiapa yang kamu melihatnya menjual dan membeli di dalam masjid, maka ucapkanlah kepadanya: Semoga Allah tidak menguntungkan (merugikan) perniagaan kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn al-Sunni -ayat pertama sahaja-. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2131]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman