Sesiapa yang kamu lihat menyebutkan Abu Bakr dan 'Umar

TEKS BAHASA ARAB

من رأيتموه يذكر أبا بكر وعمر بسوء فإنما يريد الاسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang kamu lihat menyebutkan Abu Bakr dan ‘Umar dengan sesuatu yang buruk, maka sesungguhnya dia maksudkan (menyebutkan keburukan) terhadap Islam.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 73, hadis nombor 420. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini hadith yang batil, Ibn Qani’ itu sendiri didakwa melakukan pendustaan. Juga telah disebutkan sebentar tadi dengan lafaz yang lain.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.