Sesiapa yang inginkan sesuatu, lalu dia berbincang berkenaannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أراد أمرا، فشاور فيه، وفقه الله لأرشد الأمور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang inginkan sesuatu, lalu dia berbincang berkenaannya, maka Allah akan memberi ketepatan kepadanya ke arah perkara yang paling tepat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis nombor 1018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: ((من أراد أمرا، فشاور فيه، وفقه الله لأرشد الأمور)). [هب، ((الضعيفة)) (2282)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang inginkan sesuatu, lalu dia berbincang berkenaannya, maka Allah akan memberi ketepatan kepadanya ke arah perkara yang paling tepat.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2282]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.