Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أرادَ أمرًا، فشاورَ فيهِ، وفَّقَهُ اللَّهُ لأرشَدِ الأمورِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang inginkan sesuatu, lalu dia berbincang berkenaannya, maka Allah akan memberi ketepatan kepadanya ke arah perkara yang paling tepat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis no. 1018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، عن النبي - صلى الله عليه وسلم - أنه قال: ((من أراد أمرا، فشاور فيه، وفقه الله لأرشد الأمور)). [هب، ((الضعيفة)) (2282)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang inginkan sesuatu, lalu dia berbincang berkenaannya, maka Allah akan memberi ketepatan kepadanya ke arah perkara yang paling tepat. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2282]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman