Sesiapa yang ingin berkahwin dengan perempuan ahli syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman

TEKS BAHASA ARAB

((من ‌سره ‌أن ‌يتزوج امرأة من أهل الجنة، فليتزوج أم أيمن)) فتزوجها زيد بن حارثة، فولدت له أسامة بن زيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ingin berkahwin dengan perempuan ahli syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 657, hadis nombor 3395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سفيان بن عقبة قال:كانت أم أيمن تلطف النبي صلى الله عليه وسلم، وتقوم عليه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((من ‌سره ‌أن ‌يتزوج امرأة من أهل الجنة، فليتزوج أم أيمن)) فتزوجها زيد بن حارثة، فولدت له أسامة بن زيد. [ابن سعد في ((الطبقات))، ((الضعيفة)) (2260)]

(Lemah) Daripada Sufyan bin Uqbah berkata: Ummu Aiman berlembut dengan Nabi SAW, dan menunaikan keperluannya, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin berkahwin dengan perempuan ahli syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman.” Lalu Zaid bin Harithah mengahwininya, lalu lahirlah Usamah bin Zaid. [ٌRiwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2260]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs