Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من سَرَّهُ أن يتزوجَ امرأةً من أهلِ الجنةِ، فلْيَتَزَوَّجْ أُمَّ أَيْمَنٍ. فتزوجها زيد بن حارثة، فولدت له أسامة بن زيد.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang ingin berkahwin dengan perempuan ahli syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 657, hadis no. 3395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سفيان بن عقبة قال:كانت أم أيمن تلطف النبي صلى الله عليه وسلم، وتقوم عليه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من سره أن يتزوج امرأة من أهل الجنة، فليتزوج أم أيمن)) فتزوجها زيد بن حارثة، فولدت له أسامة بن زيد. [ابن سعد في ((الطبقات))، ((الضعيفة)) (2260)]
(Lemah) Daripada Sufyan bin Uqbah berkata: Ummu Aiman berlembut dengan Nabi SAW, dan menunaikan keperluannya, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin berkahwin dengan perempuan ahli syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman.” Lalu Zaid bin Harithah mengahwininya, lalu lahirlah Usamah bin Zaid. [ٌRiwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2260]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman