Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang hendak saudaranya bersumpah

Teks Bahasa Arab

حديث: من أراد أن يستحلف أخاه وهو يعلم أنه كاذب فأجل الله أن يحلفه وجبت له الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang hendak saudaranya bersumpah, sedangkan dia mengetahui bahawa dia seorang pendusta, maka Allah akan memanjangkan apa yang disumpahkannya, dan wajib baginya syurga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 200, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في المقاصد وأورده ابن طاهر في موضوعاته.

Al-Sakhawi menyebutnya di dalam al-Maqasid dan Ibn Tahir meriwayatkannya di dalam al-Maudhu’at.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.