Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قعد على فراش مغيبة قيض الله له يوم القيامة ثعباناً.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang duduk di atas tilam seorang isteri yang tidak ditemani suaminya, nescaya Allah menyediakan baginya seekor ular pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Qatadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis no. 5180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي قتادة رضي الله عنه مرفوعا: من قعد على فراش مغيبة؛ قيض الله له يوم القيامة ثعبانا. [حم، الضعيفة (4637)]
(Lemah) Daripada Abu Qatadah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang duduk di atas tilam seorang isteri yang tidak ditemani suaminya, nescaya Allah meneydiakan baginya seekor ular pada hari kiamat. [Riwayat Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4637].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman