Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من اغتيب عنده أخوه، فاستطاع نصرتَه فنصره؛ نصره اللهُ في الدنيا والآخرةِ، فإن لم ينصرْه؛ أذله اللهُ في الدنيا والآخرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang diumpat saudaranya di sisinya, lalu dia mampu untuk menolongnya dan dia melakukannya, maka Allah SWT akan memberi pertolongan kepadanya di dunia dan akhirat. Sekiranya dia tidak menolongnya, Allah SWT akan menghinakannya di dunia dan akhirat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis no. 515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang diumpat saudaranya di sisinya, lalu dia mampu untuk menolongnya dan dia melakukannya, maka Allah SWT akan memberi pertolongan kepadanya di dunia dan akhirat. Sekiranya dia tidak menolongnya, Allah SWT akan menghinakannya di dunia dan akhirat. [Riwayat al-Ḥārith ibn Abū Usāmah dalam Musnadnya dan al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5268]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman