Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang ditinggalkan oleh pemiutangnya dalam keadaan pemiutang itu meredainya, nescaya binatang-binatang darat akan mendoakannya, begitu juga ikan di dalam air

Teks Bahasa Arab

من انصرفَ غريمُهُ وهو راضٍ عنهُ؛ صلَّت عليهِ دوابُّ الأرضِ، ونونُ الماءِ. ومن انصرفَ غريمُهُ وهو ساخطٌ؛ كُتِبَ عليهِ في كلِّ يومٍ وليلةٍ وجمعةٍ وشهرٍ ظَلَمَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang ditinggalkan oleh pemiutangnya dalam keadaan pemiutang itu meredainya, nescaya binatang-binatang darat akan mendoakannya, begitu juga ikan di dalam air. Manakala sesiapa yang ditinggalkan oleh pemiutangnya dalam keadaan pemiutang itu benci, nescaya akan dicatat buatnya kezaliman pada setiap hari, setiap malam, setiap Jumaat dan setiap bulan.

Sahabat Perawi

  1. Khawlah binti Qays RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 440, hadis no. 2359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن خولة بنت قيس قالت: قال ﷺ: «من انصرف غريمه وهو راض عنه؛ صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء. ومن انصرف غريمه وهو ساخط؛ كتب عليه في كل يوم وليلة وجمعة وشهر ظلم». [طب، «الضعيفة» (6647)].

(Munkar) Daripada Khawlah binti Qays RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesiapa yang ditinggalkan oleh pemiutangnya dalam keadaan pemiutang itu meredainya, nescaya binatang-binatang darat akan mendoakannya, begitu juga ikan di dalam air. Manakala sesiapa yang ditinggalkan oleh pemiutangnya dalam keadaan pemiutang itu benci, nescaya akan dicatat buatnya kezaliman pada setiap hari, setiap malam, setiap Jumaat dan setiap bulan.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6647].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.