Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ مَرِضَ ليلةً فَقَبِلها بقَبُولها وأدَّى الحقَّ الذي يَلْزَمُه فيها، كُتِبَتْ له عِبادةُ أربعينَ سنةً، وما زادَ فعلى قَدْرِ ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang ditimpa sakit pada suatu malam, lalu dia menerimanya dengan sebenar-benar penerimaan dan dia menunaikan kewajipan yang dia lazimi dalam keadaan sakit tersebut, akan dicatatkan baginya pahala mengerjakan ibadah selama 40 tahun, sekiranya bertambah (tempoh dan tahap kesakitan) maka (ganjaran) mengikut kadar (tempoh dan tahap kesakitan) tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2061, hadis no. 10356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ditimpa sakit pada suatu malam, lalu dia menerimanya dengan sebenar-benar penerimaan dan dia menunaikan kewajipan yang dia lazimi dalam keadaan sakit tersebut, akan dicatatkan baginya pahala mengerjakan ibadah selama 40 tahun, sekiranya bertambah (tempoh dan tahap kesakitan) maka (ganjaran) mengikut kadar (tempoh dan tahap kesakitan) tersebut. [Riwayat Baḥsyal dalam Tārīkh Wāsiṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6039]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman