Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أصَابَهُ جُهْدً في رمضان فَلَمْ يُفْطِرُ، فمَاتَ؛ دَخَلَ النارَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang ditimpa kesusahan dan kepayahan pada bulan Ramadhan, namun dia tidak berbuka, lalu dia mati, dia akan masuk ke dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis no. 5885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أصابه جهد في رمضان فلم يفطر فمات دخل النار. [خط، الضعيفة (6920)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: Sesiapa yang ditimpa kesusahan dan kepayahan pada bulan Ramadhan, namun dia tidak berbuka, lalu dia mati, dia akan masuk ke dalam neraka. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6920]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman